Wednesday 30 June 2021

NJ

Mimpi yang datang beberapa malam lalu itu menceritakan tentang indahnya kehidupan baru yang dilalui. Bahagia sekali. Namun, baru tersedar realitinya tidak begitu. Realitinya kau dan aku tidak pernah ada apa apa. Ya ada cuma mimpi dan minat kita yang sama. Kau dan aku hanyalah sebatas kenalan. Mimpi itu seolah-olah mahu menceritakan sesuatu. Lalu mimpi itu aku kisahkan kepada dua manusia yang aku percaya. Pandangan dari uda dan dara yang menyokong jika mimpi itu menjadi realiti lalu diaminkan doa oleh mereka. Aku tertanya-tanya kenapa dan apa sebab yang kukuh mereka mahukan mimpi itu mejadi realiti? Lalu baru aku ketahui bahawa kau manusia yang diidolakan oleh semua orang di fakulti kerana aura mu. Benar aura mu boleh dirasai oleh semua termasuk aku walau kita jarang sekali bersua muka dan berbicara. Hanya saja berbicara lewat media sosial baru-baru ini. Dan paling parah lagi wajah mu hadir di setiap fikiranku beberapa hari ini. Tiada apa yang aku harapkan. Jika Dia berkehendak untuk menyatukan ya aku terima sahaja tanpa meragui kerna aku tahu He knows what's best for me.