Saturday 16 January 2021

AS

Entah kenapa tiba-tiba rasa ingin menulis tentang engkau hadir pada malam ini. Tulisan yang aku sudah lama mendiami hati lalu aku hadirkan di atas lembaran kosong ini. Menulis dalam keadaan aku paling rasional walau pada awalnya ada rasa ingin menjerit dan menangis. Apa yang ku coretkan di sini tidak lain hanyalah apa yang terbuku di hati. Bacalah dengan mata hati sebagaimana aku ikhlas menulis tentang engkau pada detik ini.


Teristimewa buat kau, manusia yang aku paling hormati. 

Maaf kerna sudah lama menyepi 
Maaf sudah hilang tanpa berita 
Maaf kerna diam tanpa jejak
Maaf buat tergantung 
Maaf pernah menyakitkan 
Maaf pernah melupakan
Dan maaf untuk segala perkara yang telah aku lakukan pada engkau.

Hilang aku tidak ke mana. Masih lagi di ranah aku dibesarkan. Mencari jawapan kepada semua persoalan yang aku perlukan. Masih lagi cuba muhasabah atas setiap perbuatan yang telah aku lakukan. Bukan niat aku untuk menyeksa batin kau atas setiap kehilangan aku. Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya aku setiap kali tidak memberi khabar kepada kau. Aku masih belum bersedia membalas. Terima kasih untuk setiap khabar dari kau. Ia menyenangkan jiwa ku kerna aku tahu kau baik-baik saja di bawah lindungan Tuhan. 

Masihkah kau ingat permulaan kita bersapa? Kau yang duduk di hadapan aku bertanyakan soal adat perpatih dan aku senang sekali bisa menjawab segala pertanyaan kau. Memegang jawatan besar dan dipercayai oleh pendidik tak membuatkan kau angkuh dengan dunia. Buktinya bilamana kau sendiri meminta aku untuk ajar kau bahasa penjajah. Dari situ kita seolah-olah belangkas tanpa diketahui oleh sesiapa pun hatta teman sebilik kita kerna aku tahu kau perlu mejaga nama baik kau sebagai presiden. 

Masa berjalan dengan lajunya. Tanpa kita sedari dan hari-hari seterusnya perbualan semakin panjang dan mendalam. Keterbukaan pemikiran kau membolehkan aku bercerita apa yang aku rasa tentang dunia dewasa. Bercerita tanpa takut rasa di hukum. Terima kasih kerna tidak pernah jemu mendengarkan setiap hikayat yang aku dendangkan. Perbahasan dan perdebatan yang kita kongsi bersama bagai membuka mata aku. Malah tak salah jika aku katakan terlalu banyak ilmu yang aku dapat dari perdebatan kita. Sejarah Islam dan politik merapatkan kita. Ternyata setiap perkara yang kita bicarakan mematangkan aku, seorang manusia yang kadang-kala pesimis. Aku bersyukur Tuhan mempertemukan aku dengan engkau, manusia yang membuatkan aku percaya bahawa tiap-tiap masalah itu yang harus diperjuangkan adalah jalan penyelesaian dan bukannya masalah. Aku bersyukur untuk itu. Dari engkau, aku juga mengerti apa itu kepimpinan dan bagaimana kau menjaga rahsia akademi kita. Benar kata mereka, kau manusia yang punya aura pemimpin. 

Dan pada ketika aku menulis ini, genap dua tahun kita berkenalan. Masih terbayang lagi di mata bagaimana kau senyum bangga atas setiap kejayaan yang aku lakukan. Program yang aku lakukan berhasil atas tunjuk ajar dari kau bagaimana mahu meyakinkan pihak atasan untuk menerima kertas kerja aku. Masih lagi segar di mata senyuman kau kerna aku akhirnya bisa langkah satu tapak ke hadapan dan percaya dengan diri aku sendiri. Masih lagi aku ingat bangganya kau dengan aku bilamana aku dipilih untuk mewakili kontinjen kampus selangor. Dan kau ada menenangkan bilamana aku menangis bagai nak gila takut untuk beraksi di lapang sasar setelah tiga tahun berehat. Sungguhpun aku kalah dek kerana bahu yang menjerit kesakitan, aku masih mampu tersenyum bahagia kerna keyakinan itu kembali seperti yang aku harapkan. 

Dan aku juga bangga bilamana melihat kau menerima anugerah setelah berhempas-pulas membahagi masa di antara tanggungjawab memegang jawatan dan pelajar. Bangga aku bila nama kau meniti di bibir-bibir manusia untuk setiap program yang telah kau lakukan. Melihat kau yang segak berdiri di atas podium itu, mahu saja aku laungkan pada dunia betapa aku bangga dengan engkau. Sungguh kau lah manusia yang tidak pernah lupa akan kebajikan orang-orang kita. Aku bersyukur akademi kita dikurniakan pemimpin yang baik seperi kau. Moga sifat semulajadi pemimpin dalam diri kau tidak hilang pada hari mendatang kerna aku percaya kau punya aura itu. 

Untuk sampai pada bacaan ini, pasti kau tertanya apa tujuan aku menulis di atas lembaran kosong atas talian ini. Aku tidak pasti bagaimana cara untuk aku menyampaikan isi hati setelah sekian lama mendiamkan diri. Yang aku tahu aku mahu berterus terang mengenai kita. Aku mahu jelas tentang hubungan kita. Menggantungkan engkau bukan niat aku. Mungkin apa yang kau akan baca selepas ini akan melukakan hati kau, tapi ketahuilah bukan itu niat ku. Aku mahu kita menjadi teman yang selalu ada. Teman yang menegur jika salah. Teman yang menghibur sangat duka kunjung tiba. Masihkah kau ingat lagi janji kita sewaktu di awal perkenalan kita? Tetap berteman aja walau jodoh berkata tidak pada kita. Berlapang dada menjadi sahabat walau apa yang jadi. Sahabat yang aku mahu jumpa di sorga andai diizinkan Tuhan. 

Masihkan kau ingat akan cerita ku tentang rasa berdosa yang aku lalui pada hujung 2019? Rasa tidak direstui oleh Tuhan mengenai kita berdua? Dan kau masih lagi kau yang berlapang dada dan menerima dengan tenang perkhabaran itu walau aku tahu jauh di sudut hati kau, ada rasa hancur menyapa. Tapi kau juga tahu berdusta itu bukan diri aku. Jujur, aku masih lagi rasa berdosa itu. Telah aku panjatkan doa-doa ku kepada Tuhan bertanya mengapa dan meminta petunjuk untuk setiap perkata yang telah aku rasakan waktu itu. Tuhan itu baik sekali bilamana tiap persoalan yang aku pinta itu Dia jawab melalui rasa hati ku. Dan, bilamana Tuhan itu memberi jawapan, bodohlah aku sebagai hamba jika aku menolak hidayah itu. Mungkin kau tidak mengerti pada detik ini, tapi cukup untuk katakan bahawa redha Dia yang aku mahu. Mungkin kita hanya mampu berteman setelah Tuhan memberi peringatan lewat doa ku kepada Dia. Aku berdoa moga suatu hari nanti Tuhan memberi kau pengertian itu. 

Jangan kau salah anggap bahawa aku ingin buang kau dari hidup aku. Tidak mungkin aku membuang seorang manusia yang banyak berjasa dalam hidup aku. Figura yang mematangkan aku. Kau masih lagi ku anggap sebagai sahabat hingga sorga. Kita masih lagi bisa bicara tanpa janggal. Kita masih lagi bisa menjadi geng bawang. Tapi untuk berkasih? Mungkin takdir berkehendak lain. Terima kasih untuk setiap kebahagiaan yang telah kau kongsikan. Kau punya tempat istimewa di hati ini dan kenyataan itu tidak akan merubaha apa pun. Moga sorga buat mu dan selamat dua puluh tiga. 

Hidayah

Ratusan cerita manusia-manusia yang diberi hidayah oleh Tuhan telah aku baca. Dan benar, hidayah Dia datang dari pelbagai cara. Cara yang kadang-kala kau sendiri tak pernah terfikir. Kau cerita cara kau dapat hidayah pada sejuta orang pun belum tentu semua faham. Malah ada juga kemungkinan kau di hukum oleh mulut-mulut puaka manusia yang tidak mengerti. 

Dan bilamana Dia sudah beri kau hidayah dan petunjuk yang sekian lama kau nantikan, takkan kau biarkan? Bodoh lah kau sebagai manusia biarkan hidayah yang datang dari Tuhan. Bukan senang untuk manusia terima hidayah dari Tuhan jikakau tak pernah mencari. Dan bila Dia sudah tunjukkan kau jalan yang sebenar, siapa kau mahu menolak? 

Aku tertanya-tanya kenapa aku rasa begini dan tidak direstui oleh Dia. Puas aku bertanya dalam setiap doa yang aku panjatkan pada Dia. Andai kata Dia tidak meredhai jalinan hubungan yang aku lalui ini aku terima. Aku terima andai itu bisa buat Dia redha akan hidup ku. Kerna redha Dia yang aku mahu. Bukan siapa-siapa. Dan setiap persoalan yang ku panjatkan pada Dia lewat solat-solat ku, Dia tunjukkan jalan yang pada akhirnya buat aku tenang. Tenang yang tidak berkocak. Buat kau, kau mungkin tidak mengerti cerita aku yang disapa dengan hidayah Tuhan. Moga suatu hari nanti kau mengerti apa yang aku maksudkan. 

Past

 Kau tahu aku manusia yang susah nak lupakan sesuatu sebab aku manusia yang suka pegang pada memori. Tuhan tahu betapa susahnya untuk aku lupakan masa lalu yang peritnya minta nyawa. Past is past. You dont live in past. Kalau kau mahu hidup dalam masa lalu silakan. I want to move forward and make a lots of memory in my life. Kau tahu, aku cuba bangun balik dengan segala kepayahan dan kau tiba-tiba datang nak cuba buka balik apa yang dah aku tutup. How dare you? Who you you are trying to be so transparency but at the end you are trying to korek my past. I never ask about your past and please respect my decision. Aku juga bukan ahli nujum. Pakar nujum jauh sekali bukan. You cannot assume I know what you want. Dont assume. Ask. Expectations kill people