Saturday 16 January 2021

Hidayah

Ratusan cerita manusia-manusia yang diberi hidayah oleh Tuhan telah aku baca. Dan benar, hidayah Dia datang dari pelbagai cara. Cara yang kadang-kala kau sendiri tak pernah terfikir. Kau cerita cara kau dapat hidayah pada sejuta orang pun belum tentu semua faham. Malah ada juga kemungkinan kau di hukum oleh mulut-mulut puaka manusia yang tidak mengerti. 

Dan bilamana Dia sudah beri kau hidayah dan petunjuk yang sekian lama kau nantikan, takkan kau biarkan? Bodoh lah kau sebagai manusia biarkan hidayah yang datang dari Tuhan. Bukan senang untuk manusia terima hidayah dari Tuhan jikakau tak pernah mencari. Dan bila Dia sudah tunjukkan kau jalan yang sebenar, siapa kau mahu menolak? 

Aku tertanya-tanya kenapa aku rasa begini dan tidak direstui oleh Dia. Puas aku bertanya dalam setiap doa yang aku panjatkan pada Dia. Andai kata Dia tidak meredhai jalinan hubungan yang aku lalui ini aku terima. Aku terima andai itu bisa buat Dia redha akan hidup ku. Kerna redha Dia yang aku mahu. Bukan siapa-siapa. Dan setiap persoalan yang ku panjatkan pada Dia lewat solat-solat ku, Dia tunjukkan jalan yang pada akhirnya buat aku tenang. Tenang yang tidak berkocak. Buat kau, kau mungkin tidak mengerti cerita aku yang disapa dengan hidayah Tuhan. Moga suatu hari nanti kau mengerti apa yang aku maksudkan.