Monday 17 May 2021

Ragu-ragu

Ketika rasa tidak yakin itu datang untuk keluar dari zon selesa dan mulakan kerja yang aku tidak pernah terlintas akan buat ada suara yang mengatakan 

"Jangan diberatkan hal dakwah itu. Santai aja"

Lalu bila aku sangsi dengan kebolehan diri ada suara yang meyakinkan 

"Jangan fikir benda yang belum terjadi. Hadap saja benda yang tengah terjadi"

Dan ketika aku merasa cemburu dengan keadaan di mana aku tidak berpeluang untuk memilih logistics sebagai pilihan pertama, suara itu sekali lagi memujuk 


"Nad, kita minta. Allah dengar, dan Dia bagi yang terbaik"


Lalu aku sedar bahawa kerja ini tidak mudah. Jika mudah mana mungkin Rasulullah SAW hadap pebagai ujian. Semakin besar pahala yang diinginkan semakin besar pengorbanan yang harus dilakukan. 

Monday 10 May 2021

Laylatul Qadr

 Malam ganjil ke malam genap ke dah tak peduli pun. Yang penting kena doa sungguh-sungguh. Kena buat semua amalan sebab bulan ni berganda-gandan ganjaran. 

Sunday 9 May 2021

Tetap hati

Malam malam terakhir Ramadan ni tak minak banyak, cuma nak mintak ketetapan hati dan kuat untuk hadap benda ni cause I swear it gonna be hella tough. Moga setiap keputusan yang dibuat itu bukan berdasarkan nafsu semata tapi karna untuk belajar. May He ease our journey. Moga Dia reda.