Monday 17 May 2021

Ragu-ragu

Ketika rasa tidak yakin itu datang untuk keluar dari zon selesa dan mulakan kerja yang aku tidak pernah terlintas akan buat ada suara yang mengatakan 

"Jangan diberatkan hal dakwah itu. Santai aja"

Lalu bila aku sangsi dengan kebolehan diri ada suara yang meyakinkan 

"Jangan fikir benda yang belum terjadi. Hadap saja benda yang tengah terjadi"

Dan ketika aku merasa cemburu dengan keadaan di mana aku tidak berpeluang untuk memilih logistics sebagai pilihan pertama, suara itu sekali lagi memujuk 


"Nad, kita minta. Allah dengar, dan Dia bagi yang terbaik"


Lalu aku sedar bahawa kerja ini tidak mudah. Jika mudah mana mungkin Rasulullah SAW hadap pebagai ujian. Semakin besar pahala yang diinginkan semakin besar pengorbanan yang harus dilakukan.