Thursday 10 February 2022

Orange

Dan pada akhirnya takdir tidak menyebelahi kita. Ditinggalkan oleh kau . Itu kenyataannya. Rasa hancur itu datang lagi setelah bertahun-tahun aku tak merasainya. Mungkin kita berdua yang sama-sama salah. Atau aku yang lebih banyak salah dari kau. Dan aku kembali lagi di sini. Menulis kembali seteleh beberapa purnama. Melakarkan apa yang dirasa setelah menemui kekuatan yang telah hilang. Aku menyambung kembali tulisan yang terhenti ini selepas beberapa lama kita tidak bersua. Ucapan hari lahir itu aku titipkan setelah lebih seratus hari kita memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Yang ada hanya mahu cuba menjalani hari hari aku tanpa kau. Demi Tuhan membiasakan diri tanpa kehadiran kau itu rasanya perit. Tapi aku juga tak berhak memaksa kau untuk terus menerima aku. Tahun berganti dan perlahan-lahan aku dapat melihat hikmah yang terjadi. Perginya kau menjadikan aku manusia yang kuat dan semakin yakin dengan prinsip yang aku pegang. Walau kadang ada juga rapuh tapi ada suara-suara halus dalam jiwa yang menguatkan. Seeing you grow up and do things that you love really made me happy. I'm so proud of you, that's for sure. 


Lima bulan lima hari and slowly going strong.