Wednesday 27 January 2016

Pergi

27 Jan 2011. 5 tahun. 5 tahun berlalu. 

5 tahun Yie. 
5 tahun kau pergi.
5 tahun aku hilang kau.  
5 tahun aku hidup tanpa kau. 
5 tahun yang bermacam cerita. 

5 years ago. Night.

Kringgg... Kringgg...

"Nad, ni aku Danial"   

"Ye aku tau. Kau nak apa?"

"Aku nak bagitau ni. Sabar okey"   

"Apa?"

"Ayie dah takde Nad. Baru tadi"

"Kau buat lawak apa ni?"

"Betul Nad"

Now.

Aku tak tahu nak mula dari mana tapi yang pastinya bila tarikh ni sampai aku pasti ingat kau. Lima tahun kau takde Yie. Macam tak percaya je kau dah pergi. Kau ingat aku senang ke nak move on hadap benda ni? Seminggu pertama kau pergi aku asyik terbayangkan kau. Macam ternampak kat sudut bilik aku yang kau ada. Pandang aku sambil tersenyum. Setiap kali kau masuk ward or surgery mesti ibu kau bagitahu aku. Dia amik kau dari aku. Lepastu Dia hadiahkan aku adik. Tarikh yang sama berbeza bulan dan tahun yang pastinya. Cantikkan aturan Tuhan. 



"Macam mana cara terbaik untuk doakan orang yang dah tak ada dengan kita?"

"Doakan kebajikannya di alam kubur dan di akhirat, mohon diampunkan dosanya. Kemudian kita mohon dipelihara mereka dari azab kubur, azab Mahsyar, azab akhirat dan api neraka. Kita mohon agar dilapangkan kubur mereka dengan rahmat-Mu Ya Allah, diterangkan kubur mereka dengan Nur-Mu Ya Rahman, temankan mereka dengan kasih sayang-Mu ya Rahim. Doa itu penghubung paling kuat antara kita dan mereka yang dah pergi meninggalkan kita."

"Dan doa tu penghubung paling kuat."

(Hlovate: Gurindam Jiwa)


Sunday 17 January 2016

Islamophobia

Last years ago or two years ago I had watched dokumentari in Oasis channel named Salam Muslim that hosted by Farihin whom one of Raihan's members. The title was 'Islamophobia and the scene was located in Aussie. The host interviewed some Muslim yang menetap dekat Aussie and one of them are Malaysian yang dah lama menetap dekat Aussie since decade ago (sorry I forgot the uncle's name hehe). The uncle told Farihin that he always tell his daughter (Syafiqah) everytime she go to school: 

"When they ejek or bother you because you are Muslim do not react but EDUCATE them" 

Told ya the uncle really practise what Islam teach us.

Friday 15 January 2016

Maaf

Remember Me and I will remember you
(2:152)

Maafkan aku Wahai Sang Khaliq. 
Terkadang pernah melupakan Mu. 
Terkadang pernah mempertikaikan aturan Mu.
Terkadang pernah menyalahkan Mu untuk setiap ujian yang pernah datang dan pergi.

Friday 8 January 2016

Cuba


"Nad dah maafkan tapi macam susah la nak lupakan Kak Li"

"Manusia. Semua orang pernah buat salah nad, maafkan dan lupakan"

Wednesday 6 January 2016

Kisah

Alkisah, di sebuah pekan kecil tinggal seorang anak gadis yang sedang membesar. 

Suatu hari tiba-tiba ada satu rasa yang menyerap jiwanya untuk dia berpergian. Sepertinya ada suara yang menyuruh dia untuk timba ilmu yang pastinya bukan di tanah airnya. Untuk kali ini sudah tiga kali rasa itu datang menyuruh dan mengajaknya menimba ilmu di sana. Pada waktu yang pertama kali rasa itu datang dia cuma rasa itu mungkin mainan perasaan.

''Ahh jangan berangan. Dua tiga hari lagi pasti rasa itu hilang", ayat itu yang sering dia ucapkan bila rasa itu datang.

Bukan sekali rasa itu datang. Datangnya tanpa salam. Datangnya juga membawa resah pada si gadis. Datangnya pasti lama untuk hilang lagi. Sering kali dia nafikan rasa itu. Mungkin hanya mimpi dia di siang hari. Acap kali dia mimpi tempat itu apabila rasa itu bertandang. Mimpi yang menceritakan dia belajar di sana. Terbayang di mata betapa bahagiannya dia di sana. Suasana dini yang dia impikan. Lalu adakah itu angan-angan hingga masuk dalam mimpi dia? Pernah satu ketika rasa itu datang seperti memanggil-manggil diri dia untuk terus ke sana. Rasa itu dihalau jauh jauh. Sejauh yang mungkin. Kalau tidak ikut akal waras pastinya dia sudah putus asa. Kerana apa? Saat rasa itu datang seperti memanggil dia untuk ke sana, waktu itu final exam dia hampir tiba. Rasa itu benar-benar menganggu fokus dia. Beberapa hari dia hilang fokus kerana memikirkan hal itu. Bertuahnya dia kerana punya kawan yang faham akan keadaan dia lalu memberi kata-kata semangat. Dia tahu tempat itu dari ayahnya yang pernah ziarah di sana. Dia lalu tertarik kemudian cuba mengumpulkan semua maklumat untuk tahu lebih lanjut tempat itu. Hatinya benar-benar sudah terpikat pada tempat itu. 

Beberapa purnama berlalu, rasa itu datang menjenguknya kembali. Mungkin rindu kali dengan dia. Atau mahu menguji sejauh mana keinginannya mahu ke sana. Atau hanya sekadar cakap kosong seperti angin lalu. Entah dia kurang pasti. Yang nyata jika rasa itu hadir pasti dia akan lihat gambar tempat itu. Untuk kali ini dia seperti yakin untuk ke sana. Pernah dia utarakan hasratnya kepada bapa yang disayangi tapi seperti tidak dihiraukan. Kepada Sang Khaliq dia memohon untuk memakbulkan doanya. Dia ingin rasa belajar dan hidup di suasana dini walaupun cuma sekejap. 

Tuesday 5 January 2016

Alhamdulillah

Disaat waktu berhenti kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
Sadarku akan hadirMu 
Mematahkan sendir-sendi yang biasanya tegak berdiri


Sujudku pun takkan memuaskan inginku
Tuk hanturkan sembah sedalam kalbu
Adapun ku sembahkan syukur padaMu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamda mengeti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah...

Saturday 2 January 2016

Revamp 2

Do you see something different? 

Do you see elephant? The Tuan Gajah? Do you see? 

Hahaha I'm in love with my blog!! Seriously this is awesome. Credit to my sister who edited my blog. I just said I want like this and like that and she did it well. The best was I told her that I want to change my URL and I want some cute words that represent me like rainbow, dream, stars and whatsoever. Brainstrom macam orang gila kau tahu padahal URL blog je pun hahah. 

Suddenly... 

Kakfy- why not gajah? Me- why? 

"Because Kaklah and gajah are no different" Suddenly Acap menyampuk and aku rasa macam nak hempuk je dia. The gajah words actually are spontaneous sebab masa tu aku terpandang baju Acap. Masa malam tu jugak la dia pakai baju gambar gajah yang beli dekat Chiang Mai. So when Kakfy said gajah aku terus setuju. 

Perjalanan Gajah? Hahaha this part are also the best part we both did. Kakfy suggested Perjalanan Gajah so we agreed. Lepastu Acap suddenly suggested Susur Gajah. WHAT?? Kau ingat ni sekolah ke nak ada susur gajah? Hahaha we both laughed like orang gila bila Acap cakap susur gajah. 





Friday 1 January 2016

Revamp

Aku mengantuk ni tapi still nak update pasal blog. 

My new looking blog. Tapi aku mengantuk sangat ni.

So as conclusion esok aku sambung eh. Ok bye.