Thursday 29 April 2021

Merah Putih

Tahun ini usianya tidak sampai pertengahan lagi tapi banyak khabar duka yang mendatang tanpa sesekali di undang. Dan bulan ini saja ranah Garuda dilanda berita duka. Monster laut yang gagah itu akhirnya gugur di medan laga. Khabar duka itu disambung lagi dengan tragedi Papua. Berapa banyak lagi harus Merah Putih kehilangan Hiu Kencana terbaik bangsanya? Mengapa harus ada khabar yang meragut nyawa anak bangsanya? April ini menyaksikan lagi gugurnya bunga di taman bakti yang diiringi dengan tangisan yang pastinya. They once said NKRI Harga Mati and they really meant it. Buat para Jalasenastri, Persit dan keluarga pejuang Sapta Marga moga Tuhan titipkan semangat dan kekuatan buat kalian. 


Hatur nuhun untuk pengabdian mu Sapta Marga.
Wira Ananta Rudira. 

Wednesday 28 April 2021

Mimpi

Banyak orang bilang bulan puasa ini sering sering la berdoa karna pintu-pintu surga yang terbuka dan tertutupnya pintu neraka. Kuatnya aku berdoa pada Dia tidak lain tidak bukan supaya untuk empat bulan akan datang ini semoga dilancarkan segala urusan dan perjalanan. Tuhan tahu betapa aku mengharapkan impian yang satu ini untuk wujud setelah bertahun-tahun aku bermimpikan ia. Tahun lalu itu memusnahkan setiap perkara yang telah aku rencanakan dan sumpah sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Lalu, aku hanya tinggal mimpi ini yang ingin diwujudkan sejak awal. Semoga niat ini di dalam redha Dia. 

Monday 26 April 2021

Logistics

God knows how much I love logistics since last year ago and I really cant wait to serve in the logistics industry. Suddenly there was an offer came exactly sixteen days ago. The news really gave me a huge hope to move into new places where it was one of my dream. The conversation that we had few days ago made me doubt with my decision. I want to serve in logistics industry but at the same time I cant wait to move to new places. Whatever it is let God decide what's best for me. 

Monday 12 April 2021

Puasa

1 Ramadan 1442 Hijrah 

Ada doa baru yang aku titipkan pada Tuhan ramadhan kali ini. Moga-moga doa itu didengari oleh penduduk langit lalu dikabulkan oleh Yang Maha Esa. Doa khas ramadhan kali ini istimewa sekali buat aku. Aku tak minta banyak cuma mahu doa yang kali ini dimakbulkan Tuhan kerna ada harapan yang tinggi di sudut hati ini. Moga-moga niat yang satu ini di dalam redha Tuhan. 

Friday 9 April 2021

Khabar

 Perkhabaran semalam itu sungguh memnahagiakan hati namun ada juga terselit duka bilamana harus memikirkan baik dan buruknya. Bahagia bila abah dan ibu memberi restu. Semoga doa mereka memudahkan semua urusan ku dan semoga Dia redha.