Monday 12 April 2021

Puasa

1 Ramadan 1442 Hijrah 

Ada doa baru yang aku titipkan pada Tuhan ramadhan kali ini. Moga-moga doa itu didengari oleh penduduk langit lalu dikabulkan oleh Yang Maha Esa. Doa khas ramadhan kali ini istimewa sekali buat aku. Aku tak minta banyak cuma mahu doa yang kali ini dimakbulkan Tuhan kerna ada harapan yang tinggi di sudut hati ini. Moga-moga niat yang satu ini di dalam redha Tuhan.