Tuesday 22 December 2015

Punya rasa

Tahun berganti tahun kau semakin dewasa. 

Punya rasa inginkan seseorang yang kononnya akan faham kau. 

Kau sibuk mahu kejar teman istimewa kau. 

Kau sibuk jaja cerita agar satu dunia tahu kau mahukan insan itu seperti ini dan seperti itu. 

Kemudian kau jumpa dan akhirnya kau gembira bersama si dia. 

Dia yang buat hari-hari kau terasa kononnya istimewa. 

Kau rasa tak boleh hidup tanpa dia.

Oppss... itu bukan pengakhirannya

Sampai satu ketika dia sudah tidak punya rasa pada kau. 

Kau putus asa seolah-olah hidup kau sudah musnah.

 Kau punya rasa. Dia punya rasa. Tuhan punya rasa.

Kau tahu Tuhan itu punya rasa.

Rasa rinduNya kepada kau.

Ya Dia terlalu rindukan kau sehingga dia tuangkan sedikit rasa sayangNya pada kau untuk lihat adakah kau juga rindu pada Dia.

Kau tahu Tuhan itu punya rasa.

Dia ciptakan kau pastinya Dia punya rasa cemburu melihat kau puja orang lain melebihi Dia.

Sini hadamkan kata-kata ini "kesedihan yang tidak membawa apa-apa makna usah kau tangisi. Kuatkan hati teguhkan jiwa."