Thursday 9 August 2018

Swimming reason!

Untuk kesekian kalinya ibu tanya kenapa aku tak pergi swimming class. Dan hari hari selepas finale aku juga Kakfy and Acap tanya bila nak pergi swimming class because I'm not fully know how to swim as I doesn't have safety during swimming. Kalau ditanya semestinya aku nak pergi because that is what I planned before my semester break start. Jujurnya, sebab aku dah beberapa bulan tak pergi buat aku takut nak masuk dalam air. Tak terkira berapa ratus kali aku terbayang yang aku rasa aku akan lemas dalam pool walaupun aku tahu Cik Amin takkan biarkan student dia lemas. Aku yakin dengan Cik Amin. Dan kata-kata dari seorang berpangkat dato' yang mengatakan "kau dah besar pun pakai pelampung lagi, dah patut bukak tu" sambil dia gelak ketawa itu masih lagi terngiang-ngiang kuat di kepala aku. Suara dia cukup kuat untuk semua swimmers dengar. Sumpah aku malu. Mulanya, aku ambil on the positive side tapi kali kedua yang dia malukan aku masa hujan tu buat aku tak boleh nak lupakan. Tak aku tak dendam. Cuma, aku susah nak lupakan. Aku tak tahu kenapa perangai susah nak lupakan sesuatu benda tu makin susah  aku nak buang sejak usia aku sedekad ini. Mungkin Kakfy boleh kata aku bodoh sebab benda kecik je aku tak nak pergi swimming class. Tapi sumpah aku struggle untuk tolak jauh jauh suara suara manusia berpangkat dato itu dalam otak aku. :((((((((((

Dan terpaling pasti aku rindu Cik Amin. Suara dia yang jerit jerit tu buat aku lagi semangat untuk kayuh dalam air. Aku rindu nak berenang dengan ibu-ibu dekat situ yang some of them aku panggil cikgu. They are so nice. Humble yet kecoh. Ohh aku juga rindu Nurrrr or Cikgu Nur aku. Sungguh la sabar betul dia ajar aku. Muda dua tahun dari aku tapi matang betul dia. Kisah dia yang setiap tahun dapat medal tiap kali MSSNS tapi tak dapat tempat untuk pergi MSSM insipire me so much. Moga apa yang dia impikan dikabulkan Dia. 

Rindu Cik Amin. Rindu Nur. Rindu dua cikgu yang rapat dengan aku tu. :)